Selasa, 6 Oktober 2009

SEKUFU



Anda masih ingat lagi dengan dialog ini: “Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?” “Ahli muzik, Pantang keturunan aku ahli muzik!

Itu cerita zaman dulu-dulu…, tapi, zaman sekarang masih ada lagi tak dialog tu?Nak tahu kenapa kali ni saya ceritakan tajuk ni? Mungkin kita baru sahaja dalam"bulan kenduri ”,bertunang,merisik...Jadi, kebetulan kakak dan sahabat saya akan melalui salah satu hari-hari tersebut, maka saya tertarik untuk muatkan dalam artikel pada kali ini.

Selalunya kan, apa soalan yang di tanya bagi pihak dara kepada pihak si teruna? Mungkin di tanya, asal mana? kerja apa? Tapi,jarang juga yang bertanya sembahyang ke ?cukup tak ? boleh bimbing anak kami tak ? Wui..soalan berani tu…Kalau anda sebagai ibu dan ayah si dara,berani tak bertanya macam tu ? Kalau silap hari bulan,entah-entah wakil si teruna angkat kaki saja. Sudah pasti muka rasanya setebal 5 inci,

…Tepuk dada,tanya hati masing-masing…


Apa sekufu ya? ?


Para fuqaha mengatakan kufu bermakna ‘sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju...

Selalunya, orang lihat kufu dari segi pendidikan,gaji, pekerjaan, keturunan dan lain-lain.Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain.
Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama.Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.Ketaatan dan ketakwaan itu yang amat penting.
Itu yang kita cari dan damba-dambakan.
Bagaimana anda?(yang belum berpunya)
pilihlah yang tepat ye..Amin

HIKMAH PALESTIN

Sesungguhnya, kisah Nabi Musa a.s dengan Firaun banyak memberi pengajaran kepada kita, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mencintai perjuangan bagi menegakkan kalimah Allah.

Sekuat manapun kekuatan musuh-musuh Islam ini, umat Islam dengan penuh kekuatan,keyakinan serta pengharapan kepada Allah mampu mengatasi semua onak dan ranjau ini.Pada kisah tersebut, kemenangan berpihak kepada umat Islam dan Allah memberi peringatan kepada mereka yang ingkar lagi melampaui batas agar bersegera kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kepadaNya.

Dan bahawa siapa saja yang berjalan di atas garisan Firaun yan terlaknat –yang kufur kepada Allah dan membunuh para wali-Nya-, maka jalannya adalah jalan Firaun. Allah SWT berfirman mengenai Firaun:
Maksudnya: “Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka.Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan”.
( Al Qashash: 4)

Amat menyakitkan serta memilukan apabila kita memerhatikan peristiwa yang telah menimpa saudara-saudara seagama kita di Gaza, dengan segala macam pembunuhan, pengusiran, permusuhan, penindasan dan keganasan yang tidak pernah ada di dalam sejarah ini. Ditambah pula dengan penyeksaan serta bedilan senjata-senjata mereka yang terkenal dengan kecanggihan itu menghentam senjata-senjata yang lemah. Ini terbukti, pihak pejuang Islam tidak mampu dan tidak memiliki kekuatan selain daripada kekuatan hati-hati mereka, kesabaran serta ketabahan dalam menghadapi tentangan yang luar biasa ini. Mengertilah bahawa,setiap kezaliman yang menimpa sudah pasti ada balasannya, sepertimana yang telah Allah timpakan kepada Firaun serta pengikutnya dengan meragut kekuasaan, kerajaan serta sekaligus menenggelamkan mereka di lautan. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Kezaliman terhadap Palestin yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya, merupakan petanda dan petunjuk yang mempunyai sejuta hikmah dari Allah agar setiap daripada kita yang bergelar muslim wajib berbaik sangka apatah lagi membuka mata dan hati masing-masing. Allah berfirman:

Maksudnya: “Tiada sesuatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfudz) sebelum Kami menciptakannya.Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri”. [Qs. 57: 22-23]

Sesungguhnya kemenangan itu berada di tangan Allah. Bertepatan dengan firmanNya yang bermaksud:“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu; dan jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu kerana itu hendaknya kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal”. [Qs. 3:160]

Di sini, saya titipkan beberapa petikan daripada khutbah yang di sampaikan oleh Asy Syaikh Abdul Aziz Alu Asy-Syaikh (Mufti Saudi Arabia):

"Ke mana HAM dan PBB, ke mana perginya mereka berhadapan dengan kezaliman dan penindasan ini. Ini semua semakin meyakinkan bahawa musuh-musuh Islam senantiasa bersekongkol dalam satu barisan di hadapan agama ini dan di hadapan akidah ini. Maka bersabarlah umat Islam di atas agama mereka dan bantulah saudara-saudara mereka dengan doa agar mengukuhkan pijakan-pijakan mereka dan memperbaiki hati-hati mereka dan menyatukan kalimat mereka dan hendaknya mereka membantu saudara-saudara mereka dengan apa saja yang mereka mampu dari bantuan-bantuan, sesungguhnya mereka dalam keadaan yang sangat memerlukan bantuan. Sesungguhnya ini merupakan bukti akan penyatuan umat dan saling bantu-membantu dengan saudara-saudara mereka. Kerana kaum mukminin ibarat bangunan yang saling kuat,utuh dan bagaikan satu tubuh apabila jika salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh turut merasai panas dan bahangnya. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik”. ( Al Maidah: 82)
Mereka orang-orang Yahudi yang mengingkari risalah Nabi Musa a.s dan melakukan berbagai macam kebatilan, mereka adalah musuh bagi segenap makhluk. Allah berfirman lagi:
“Setiap mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan dimuka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerusakan. [QS. 5:64]
Maka wajib bagi setiap muslim untuk kembali kepada Allah dan bertaubat dari segenap dosa dan kemaksiatan. Dan wajib bagi saudara-saudara kita di Palestin untuk bersatu dan menyatukan hati dan berdiri dengan penuh kekuatan dan bersatu-padu di hadapan tentangan besar in, maka semoga Allah mendatangkan keputusan dari sisi-Nya dan semoga Allah memberi jalan keluar dari keadaan ini dan mengangkat bencana ini, sesungguhnya Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.”
(Petikan ceramah ini diambil dari khutbah beliau di Masjid Al Imam Turki bin Abdillah di Riyadh, pada hari Jumaat bersamaan 5/1/1430 H. Tajuk ceramah beliau mengenai Hijrah Nabawiyah serta hari Asyura & kisah Nabi Musa a.s)