Anda masih ingat lagi dengan dialog ini: “Siapa itu Kasim Selamat? Loyar? Majisterit?” “Ahli muzik, Pantang keturunan aku ahli muzik!”
Itu cerita zaman dulu-dulu…, tapi, zaman sekarang masih ada lagi tak dialog tu?Nak tahu kenapa kali ni saya ceritakan tajuk ni? Mungkin kita baru sahaja dalam"bulan kenduri ”,bertunang,merisik...Jadi, kebetulan kakak dan sahabat saya akan melalui salah satu hari-hari tersebut, maka saya tertarik untuk muatkan dalam artikel pada kali ini.
Selalunya kan, apa soalan yang di tanya bagi pihak dara kepada pihak si teruna? Mungkin di tanya, asal mana? kerja apa? Tapi,jarang juga yang bertanya sembahyang ke ?cukup tak ? boleh bimbing anak kami tak ? Wui..soalan berani tu…Kalau anda sebagai ibu dan ayah si dara,berani tak bertanya macam tu ? Kalau silap hari bulan,entah-entah wakil si teruna angkat kaki saja. Sudah pasti muka rasanya setebal 5 inci,
…Tepuk dada,tanya hati masing-masing…
Apa sekufu ya? ?
Para fuqaha mengatakan kufu bermakna ‘sama’. Dalam hal ini, banyak fuqaha berpandangan bahawa tidak harus seorang wali mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang tidak sekufu, kecualilah jika si anak itu bersetuju...
Selalunya, orang lihat kufu dari segi pendidikan,gaji, pekerjaan, keturunan dan lain-lain.Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dan lain-lain.
Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama.Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.Ketaatan dan ketakwaan itu yang amat penting.
Itu yang kita cari dan damba-dambakan.
Bagaimana anda?(yang belum berpunya)
pilihlah yang tepat ye..Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan